> Follow ¦Dashboard <
Chocolate.


About Item Story Credit


Saya masih ingat....
22 December 2011 | 8:44 AM | 0 chocolate

Assalamualaikum.Harini,aku bangun awal gila.Selama cuti sekolah,aku tak pernah bangun awal dalam pukul 7pagi.Ini semua sebab kngah lah,cakap nak jogging nak kuruskan badan,tapi last-2 cakap tak jadi.Ni yang buat aku macam nak marah ja.Okai,tadi aku tengok video tu dekat youtube,sedih sangat.

Sebanarnya nak cerita kisah aku dengan seorang budak lelaki ni,aku pun tak ingat nama dia apa.Lagipun,cerita ni aku pernah cerita dekat kawan rapat aku dengan family aku ja.Kalau sapa baca tu,senyap sudah takpayah bagitau orang.

Budak tu dulu,tadika sekali dengan aku.K,ni cerita zaman kanak-2 Ribena. :)Ada dua orang lelaki,seorang umur sama dengan aku,sorang lagi muda setahun dari aku.Seorang budak ni,dia sorang ja lain,pakai baju warna biru gelap.Aku pun taktau kenapa dia pakai baju warna tu.Dia tu sama umur dengan saya.

Dulu,aku selalu laa jugak cakap dengan budak baju biru gelap tu.Then,kawan aku yang lagi sorang tu,aku ingat lagi.Aku dengan dia duduk selang satu orang.Lepastu,pada suatu hari,kawan sebelah aku tak datang.Dia pun duduk lah sebelah aku.Aku dengan dia pun,semakin hari semakin rapat so,kawan aku yang baju biru gelap tu selalu pandang aku.Aku pun macam terpandang dia.Bila aku tengok ja,mata dia cepat-2 kalih belah lain.

Masatu,aku kena ubah tempat,tak berapa nak ingat sebab apa.Kebetulan,aku duduk belakang budak baju biru gelap tu,kawan aku yang sorang tu pun taktau macam mana boleh duduk sebelah aku jugak.Okay,waktuni aku memang ingat gila-2 masa ni.Pada suatu hari kawan aku yang baju biru gelap tu cakap dengan aku, "Wey,hg nak tau sesuatu dak?" "Ha?Benda apa?" "Aku suka dekat hg," hohoi,besa laa masa tu aku bodoh lagi,taktau apa yang dia cakap.

Then,lepas dia cakap tu,hahahaahah k,yang ni tak boleh blah.Lepas dia cakap dia suka aku,dia terus cium pipi aku.Hahah xD.K,memang cinta monyet lah dia tu.Kali kedua pun dia buat macam tu,sampailah kawan aku yang sorang ni ternampak dia cium pipi aku.Lepastu,dia pun marah lah budak baju gelap tu.Aku pun taktau macam mana dia pulak yang cium pipi aku.Hahahahah xD.Memang lawak punya cerita.Lepastu,depa bergaduh.Aku pun marah laa depa.Dalam satu haritu,aku tak cakap langsung dengan depa dua.

Hahaha,agak-2 bila dah besar macam tu lagi ka?Tapi,rugi gila aku tak ingat nama dia apa,ya laa kot laa tiba-2 boleh jumpa dalam fb.Kalau jumpa sah-2 aku akan gelakkan dia.Okai,aku malu kot dia buat macam tu.Sampai kawan baik aku pun bergosip dengan kawan sebelah.Yalaa,masa tu aku bodoh lagi weyy,umur baru enam tahun.Tapi aku rindu nak jumpa kawan tadika balik.Masalah dia,sorang pun aku tak pernah jumpa lepas habis tadika.Taktau laa,mungkin aku tak kenal muka.

Darjah 1,aku pun dah masuk sekolah rendah.Sekolah perempuan.Kiranya,memang aku takkan jumpa budak dua orang tu.Apa-2 pun,tu laa kenagan aku masa tadika.Memang lawak gila bila ingat balik kisah tu.Sapa-2 yang baca tu jangan bagi tahu orang lain,diam sudah.haha xD.

OLDER POST | NEWER POST